ADUN Pantai Damai Tinjau PPV Klinik Kesihatan Telaga Air

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Pantai Damai Tinjau PPV Klinik Kesihatan Telaga Air
0 Comments

ISNIN, 28 JUN 2021

KUCHING: Menteri Muda Di Jabatan  Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) Datuk  Abdul Rahman Junaidi telah membuat kunjungan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Telaga Air pada Isnin.

Dalam tinjauan tersebut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai memberitahu hampir 24,000 penduduk di kawasan DUN Pantai Damai telah dikenalpasti layak untuk menerima vaksin. 

Katanya, sejak dibuka pada 15 Jun lepas, seramai 1,080 penduduk telah diberi vaksin dos pertama dan setiap PPV mampu memberikan vaksin kepada 360 penerima dalam seminggu.

“Salah satu cara untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin ialah dengan menjadikan tiga klinik kesihatan iaitu di Kampung Santubong, Kampung Buntal dan Kampung Telaga Air sebagai PPV.

“Proses pemberian vaksin di ketiga-tiga PPV berjalan lancar dengan dibantu pegawai perubatan, kakitangan klinik, JKKK dan sukarelawan kampung,” katanya.

Tambah beliau lagi, sekiranya imuniti berkelompok dapat dicapai lebih awal, masyarakat dapat terlindung daripada pandemik COVID-19. –EDISI UKAS