9,534 Penduduk Daerah Beluru Telah Terima Vaksin COVID-19 Dos Pertama Setakat 30 Jun 2021

UKAS  > Edisi-Utara >  9,534 Penduduk Daerah Beluru Telah Terima Vaksin COVID-19 Dos Pertama Setakat 30 Jun 2021
0 Comments

KHAMIS, 1 JULAI 2021

BELURU: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan di 6 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Daerah Beluru telah berjaya memvaksinasi seramai 9,534 orang setakat 30 Jun 2021.

Pecahan jumlah penerima vaksin COVID-19 di PPV di Daerah Beluru adalah seperti PPV Dewan Masyarakat Beluru, Bakong 8,073 orang, PPV Klinik Kesihatan Long Jegan, Tinjar 203 orang, PPV Klinik Kesihatan Long Teran, Tinjar 428 orang, PPV Klinik Kesihatan Long Teru, Tinjar 148 orang, PPV Klinik Kesihatan Ulu Teru, Tinjar 239 orang dan PPV Klinik Kesihatan Long Loyang, Tinjar 443 orang. 

Mereka yang terdiri daripada penduduk kampung, rumah panjang, peniaga, pekerja swasta dan penjawat awam di kawasan Bakong dan Tinjar telah menerima vaksin COVID-19 dos pertama jenis Sinovac. 

Menurut wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Di Daerah Beluru yang meninjau proses vaksinasi di beberapa PPV Daerah Beluru, mulai 2 Julai ini penduduk akan mula menerima vaksin COVID-19 dos kedua. 

Ini selaras dengan hasrat kerajaan yang mensasarkan akan mencapai Imuniti Kelompok menjelang Ogos 2021.

Sehingga kini, proses vaksinasi di semua PPV di Daerah beluru berjalan lancar atas bantuan kakitangan Pejabat Daerah Beluru, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan MyVac dan beberapa agensi lain. -EDISI UKAS