Empat Rumah Panjang Di Engkilili Jalani PKPD Terima Bantuan Makanan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Empat Rumah Panjang Di Engkilili Jalani PKPD Terima Bantuan Makanan
0 Comments

JUMAAT, 2 JULAI 2021

ENGKILILI : Seramai 104 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan empat rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah menerima bantuan bekalan makanan daripada kerajaan negeri.

Bantuan disampaikan oleh petugas Bilik Gerakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Engkilili, pada Jumaat.

Antara rumah panjang yang terlibat adalah Rumah Langkop Marop Atas, Rumah Nancy Marop Atas, Rumah Mendali Buyong Panjai dan Rumah Muda Isu Bangat.

Pelaksanaan PKPD di rumah-rumah panjang tersebut sentiasa dalam kawalan ketat pihak berkuasa bagi memastikan tiada sebarang pergerakan keluar masuk dilakukan oleh penduduk. -EDISI UKAS