Program Ziarah UKAS Di Sadong Jaya Agih 50 Bantuan Bakul Makanan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Program Ziarah UKAS Di Sadong Jaya Agih 50 Bantuan Bakul Makanan
0 Comments

AHAD, 4 JULAI 2021

SADONG JAYA: Seramai 50 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan mereka yang tercicir dalam pengagihan Bantuan Khas Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) dan mereka yang layak mengikut pertimbangan dan penilaian pihak penganjur telah menerima bantuan dalam program Ziarah UKAS.

Simbolik penyerahan bantuan telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo pada Sabtu.

Para penerima bantuan tersebut terdiri dari Kampung Semera, Kampung Jemukan, Kampung Jemukan Cina.

Penyerahan sumbangan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Aidel Lariwoo telah memaklumkan mengenai projek tambatan banjir berjumlah RM150 juta yang melibatkan penggalian ban, pintu air sehingga Sungai Buluh dan Ensengei bertujuan untuk mengalir air supaya tidak berlaku banjir.

“Selain itu,  projek menaik taraf jalan pertanian dari Semera, Sepayor sehingga ke Bilis yang berjumlah RM15 juta juga dilaksanakan,” katanya.

Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang telah menganjurkan program itu yang dapat membantu penduduk golongan asnaf di kampung-kampung tersebut.

Wakil penerima bantuan ketika ditemubual kru UKAS turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan UKAS atas keprihatinan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi semasa pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.-EDISI UKAS