50 Golongan Asnaf Di Asajaya Terima Bantuan Sempena Program Ziarah UKAS

UKAS  > Edisi-Selatan >  50 Golongan Asnaf Di Asajaya Terima Bantuan Sempena Program Ziarah UKAS
0 Comments

ISNIN, 5 JULAI 2021

ASAJAYA: Seramai 50 orang golongan asnaf di daerah Asajaya menerima sumbangan bakul makanan dan pelitup muka sempena Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Ahad.

Program tersebut adalah hasil kerjasama UKAS dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Asajaya.

Simbolik penyerahan bantuan telah dilakukan oleh Pegawai Daerah Asajaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Asajaya, Rais Ahmat kepada wakil penerima Kampung Serpan Laut dan Kampung Moyan Ulu.

Beliau turut berterima kasih kepada UKAS yang telah menghulurkan sumbangan kepada penduduk setempat yang memerlukan.

Dalam pada itu, penerima bantuan ketika ditemui merakamkan penghargaan dan bersyukur atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Sarawak terutamnya UKAS bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa satu ini. –EDISI UKAS