ADUN Sebuyau Tinjau PPV Dewan Pembangunan Sebuyau

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Sebuyau Tinjau PPV Dewan Pembangunan Sebuyau
0 Comments

RABU, 7 JULAI 2021

SEBUYAU: Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi melakukan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pembangunan Sebuyau pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau memberitahu, PPV tersebut beroperasi semula untuk meneruskan pemberian vaksin jenis Sinovac kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Seramai 600 individu telah melengkapkan suntikan dos vaksin dan hari ini (Selasa) 240 orang lagi menerima suntikan vaksin dos pertama,”katanya.

Datuk Julaihi amat berpuas hati dengan proses vaksinasi yang dilaksanakan berjalan lancar dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Ketua Penyelaras PPV Zon Sebuyau, Dr. Mohammad Azzahari Abdillah memaklumkan program vaksinasi di PPV Dewan Pembangunan Sebuyau dijalankan selama enam hari sehingga 10 Julai ini.

Beliau memohon agar penduduk kampung yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin untuk terus menghantar nama dengan segera di Klinik Kesihatan atau di Pejabat Daerah Kecil Sebuyau. –EDISI UKAS