ADUN Repok Sumbang Katil Pesakit Kepada Golongan Kurang Berkemampuan

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Repok Sumbang Katil Pesakit Kepada Golongan Kurang Berkemampuan
0 Comments

KHAMIS, 8 JULAI 2021

REPOK: Prihatin dengan keperluan golongan yang kurang berkemampuan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyumbang dua buah katil pesakit melalui Pasukan Pusat Khidmat Repok pada Rabu.

Pasukan Pusat Khidmat Repok telah menghantar katil pesakit tersebut kepada penerima iaitu Su Kah Kung yang berusia 84 tahun dan Kiing Poh Leng pula berusia 83 tahun yang mana masing-masing berasal dari Jalan Bangunan Kerajaan.

Sumbangan itu bertujuan bagi menyediakan suasana yang lebih selesa kepada pesakit dan mempermudahkan urusan anggota keluarga masing-masing.

Justeru ahli keluarga penerima amat bersyukur dengan sumbangan yang diberikan itu sambil berkata Dato’ Sri Huang sering menyumbang katil kepada pesakit dan memberi bantuan yang paling praktikal sejak beliau menjadi ADUN Repok.-EDISI UKAS