MAKSAK Serian Anjur Program CSR, Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan

UKAS  > Edisi-Selatan >  MAKSAK Serian Anjur Program CSR, Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan
0 Comments

KHAMIS, 8 JULAI 2021

SERIAN : Majlis Kebajikan dan Sukan (MAKSAK) Bahagian Serian telah menganjurkan Program Bantuan Makanan, pada Khamis.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tersebut dilaksanakan di 7 lokasi di bahagian Serian, merangkumi Sekatan Jalan Raya (SJR) Batu 16 (Serian menuju Kuching), SJR Kampung Rituh (Kuching menuju Serian), SJR Kpg Saan (Serian menuju Tebedu), SJR Gedong (Gedong menuju Serian), Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Siburan, PPV Tebedu serta Serian Sampling Centre (Dewan Serbaguna Tapah).

Penyerahan bantuan di PPV Tebedu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi MAKSAK (Wanita) Bahagian Serian, Suzanna Pidan kepada Pegawai Daerah Tebedu merangkap Pengerusi MAKSAK Daerah Tebedu, Joseph Liaw dan seterusnya disampaikan kepada wakil petugas kesihatan di PPV tersebut.

Menurut Setiausaha MAKSAK Bahagian Serian, Richard Usak, pelaksanaan Program CSR yang bertemakan “Terima Kasih Frontliner” itu bertujuan bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang telah banyak menyumbang jasa dan tenaga demi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Jelasnya, aktiviti MAKSAK bukan hanya memfokuskan kepada pembangunan sukan di kalangan penjawat awam, namun turut menitikberatkan kebajikan di kalangan anggotanya.

Hadir sama dalam program tersebut, Pengerusi MAKSAK Bahagian Serian,Tuah Suni, Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Serian,Rammy Dana serta Setiausaha MAKSAK Wanita,Coroline Nyandot. -EDISI UKAS