Program Almari Sedekah Santuni Golongan Memerlukan Di Sibu

JUMAAT, 9 JULAI 2021

SIBU: Menteri Muda Pendidikan,Sains dan Penyelidikan Teknologi merangkap Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Annuar Rapaee menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan menerusi Program Almari Sedekah di Sibu pada Khamis.

Beliau berkata, program tersebut adalah merupakan sumbangan daripada Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu menambah, sebanyak 300 pek bantuan makanan akan diberikan iaitu 37 pek diagihkan kepada lapan buah surau dan masjid yang terlibat dengan program tersebut.

“Walaupun ada pihak yang mengambil kesempatan tetapi kita sedekah sahaja dan kami hanya khuatir tidak mencapai sasaran mereka yang sangat perlukan bantuan,” katanya. – EDISI UKAS