SABTU, 10 JULAI 2021
SEBAUH: Seramai 8,983 penduduk di Daerah Sebauh telah menerima suntikan vaksin COVID-19.
Sehingga kini, seramai 3,751 orang penduduk telah melengkapkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.
Hasil tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya Sebauh, seramai 500 orang lagi menerima suntikan vaksin pada Sabtu.
Mereka yang hadir kebanyakannya menerima suntikan vaksin dos kedua dan datang menerusi temu janji.
Keadaan PPV Balai Raya Sebauh terkawal dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS