PBSM Malaysia, Serian Sumbang Pembersih Tangan Dan Risalah Mencuci Tangan Untuk Kegunaan Di PPV

UKAS  > Edisi-Selatan >  PBSM Malaysia, Serian Sumbang Pembersih Tangan Dan Risalah Mencuci Tangan Untuk Kegunaan Di PPV
0 Comments

SABTU, 10 JULAI 2021

SERIAN: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia telah menyumbang sebanyak 320 botol pembersih tangan 1 liter dan 320 risalah mencuci tangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Serian.

Sumbangan diagihkan pada Jumaat itu akan diagihkan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Bahagian Serian iaitu di PPV Tebedu, PPV Siburan dan PPV Balai Ringin termasuk Pusat Calitan Tapah.

Pada 11 Jun yang lepas, pihak PBSM juga telah menyumbangkan 200 botol pembersih tangan dan 200 risalah mencuci tangan kepada JPBB Serian untuk diagihkan kepada PPV Serian, PPV Tebedu dan PPV Siburan.

Pengerusi JPBB Serian, Tuah Suni merakamkan penghargaan kepada pihak PBSM atas sumbangan yang diberikan. –EDISI UKAS