ADUN Batang Ai Serah Cek MRP Kepada Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan MDLA

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Batang Ai Serah Cek MRP Kepada Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan MDLA
0 Comments

AHAD, 11 JULAI 2021

LUBOK ANTU: Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh menyerahkan cek geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan MDLA.

Cek tersebut disampaikan oleh Datuk Dr Dr Malcolm kepada Pemangku Setiausaha MDLA, Tommy Laman dan disaksikan oleh Pegawai Daerah Lubok Antu Merangkap Pengerusi MDLA, Richard Ngumbang.

Menurutnya, peruntukan yang diagihkan adalah untuk kebajikan pegawai dan kakitangan MDLA dan penganjuran aktiviti sukan peringkat MDLA dan sebagainya.

Beliau juga berharap kelab tersebut dapat menggunakan geran yang diluluskan dengan sebaik mungkin untuk manfaat semua ahli.-EDISI UKAS