ADUN Pantai Damai Edar Kit Pencegahan COVID-19 kepada PNK Buntal

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Pantai Damai Edar Kit Pencegahan COVID-19 kepada PNK Buntal
0 Comments

ISNIN, 12 JULAI 2021

KUCHING: Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Cawangan Sarawak telah mengedarkan sebanyak 200 kit pencegahan COVID-19 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Buntal, pada Isnin.

Program tersebut diadakan bagi untuk memastikan golongan nelayan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan mengamalkan kebersihan diri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu juga menyatakan golongan nelayan digalakkan untuk mendaftar dalam program vaksinasi memandangkan mereka merupakan golongan yang terdedah dengan orang ramai.

Dalam masa sama, Setiausaha Eksekutif Pemadam Cawangan Sarawak, Munawwar Ismail memberitahu, penyerahan kit tersebut merupakan usaha Pemadam Cawangan Sarawak untuk bersama-sama mencegah COVID-19. -EDISI UKAS