Belum Daftar Atau Terima Notifikasi Temu Janji Vaksin COVID-19, Hubungi Segera Bilik Gerakan Vaksin Bahagian Miri

UKAS  > Edisi-Utara >  Belum Daftar Atau Terima Notifikasi Temu Janji Vaksin COVID-19, Hubungi Segera Bilik Gerakan Vaksin Bahagian Miri
0 Comments

ISNIN, 12 JULAI 2021

MIRI: Penduduk di Bahagian Miri yang masih belum mendaftar atau menerima notifikasi temu janji vaksin COVID-19 diminta untuk terus berhubung kepada Bilik Gerakan Vaksin Bahagian Miri.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, mereka masih boleh berbuat demikian dan belum lagi terlambat.

“Saya menyeru kepada orang ramai yang masih belum berdaftar atau masih belum menerima sebarang notifikasi temu janji vaksin COVID-19 sehingga kini boleh berhubung melalui aplikasi Whatsapp di nombor 011-59284348 atau 011-59424290 dengan menyertakan butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat lengkap. 

“Sementara itu, bagi warga Miri yang berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum berdaftar atau masih belum menerima sebarang notifikasi temu janji vaksin COVID-19 sehingga kini boleh menghubungi Bilik Gerakan Vaksin Bahagian Miri di talian 085-322229, 085-322410, 085-322382 dan 085-322127,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Emart Riam, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Eastwood, PPV Dewan Curtin Universiti dan PPV IKBN, Miri pada Ahad. 

Lawatan ini adalah untuk memantau keadaan dan pencapaian bilangan penerima vaksin di pusat-pusat berkenaan dan rancangan untuk minggu akan datang hingga bulan akan datang. 

Turut sama hadir ialah Pengarah Hospital Miri Dr. Jack Wong Siew Yu, Setiausaha Majlis Bandaraya Miri Morshidi Fredrick dan wakil Pejabat Residen Bahagian Miri Nora Shafia Muhiyuddin. -EDISI UKAS