Seramai 400 Individu Terima Vaksin Di PPV Borneo Medical Center

UKAS  > Edisi-Selatan >  Seramai 400 Individu Terima Vaksin Di PPV Borneo Medical Center
0 Comments

SELASA, 13 JULAI 2021

KUCHING: Seramai 400 orang menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Borneo Medical Center pada Isnin.

Borneo Medical Center merupakan salah satu daripada PPV Hospital swasta di bandar raya ini.

Tinjauan yang dilakukan mendapati, para penerima vaksin mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Para penerima vaksin yang ditemui pula menzahirkan penghargaan kepada kerajaan yang menyediakan vaksin secara percuma kepada rakyat.

Mereka juga menyeru individu lain yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin agar segera berbuat demikian dalam menyahut seruan kerajaan mewujudkan imuniti kelompok menjelang Ogos depan. -EDISI UKAS