Sambutan Hari Sarawak Amat Istimewa Buat Rakyat Bumi Kenyalang

UKAS  > Edisi-Selatan >  Sambutan Hari Sarawak Amat Istimewa Buat Rakyat Bumi Kenyalang
0 Comments

RABU, 14 JULAI 2021

KUCHING: Sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai ini akan disambut secara hibrid sama seperti tahun lepas ekoran daripada pandemik COVID-19.

Orang awam ketika ditemui Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Rabu bersetuju ianya satu tarikh yang sangat istimewa kepada rakyat Sarawak.

Bagi Mohamad Yusmir Usaini, Hari Sarawak adalah untuk memupuk semangat perpaduan rakyat di negeri ini.

“Sambutan Hari Sarawak adalah salah satu cara kita memupuk semangat perpaduan dan menyayangi negeri kita ini,”katanya.

Manakala bagi Ketua Pergerakan Wanita Kawasan Semariang, Hamifah Saeb, sambutan Hari Sarawak diraikan untuk memperingati sejarah asal usul terutamanya generasi baru.

“Ianya penting untuk rakyat Sarawak memperingati sejarah tanah air sendiri terutamanya generasi yang akan datang supaya mereka mengetahui asal usul mereka kelak,” ujarnya. –EDISI UKAS