9,595 Individu Telah Divaksin Di Daerah Song

UKAS  > Edisi-Tengah >  9,595 Individu Telah Divaksin Di Daerah Song
0 Comments

ISNIN, 19 JULAI 2021

KAPIT : Seramai 9,595 individu di daerah Song telah divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Song.

Jumlah tersebut terbahagi kepada 1,249 individu menerima suntikan dos pertama manakala 8,346 individu lagi untuk dos kedua.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Amir Omar dalam lawatan kerjanya pada Ahad berpuas hati dengan kelancaran proses di PPV tersebut. 

Beliau turut diberi taklimat ringkas mengenai status terkini jumlah penduduk yang telah menerima vaksin di bahagian Kapit dan daerah Song.

Dimaklumkan, pasukan PPV Bergerak kini masih menjalankan pemberian vaksin di kawasan Hulu Sungai Katibas.

Secara keseluruhanya program vaksinasi di daerah Song berjalan dengan lancar dengan kerjasama petugas di PPV dan penerima vaksin yang hadir. – EDISI UKAS