JKM Sumbang Bakul Makanan Kepada 2,471 KIR Di Tabuan Melayu

UKAS  > Edisi-Selatan >  JKM Sumbang Bakul Makanan Kepada 2,471 KIR Di Tabuan Melayu
0 Comments

ISNIN,19 JULAI 2021

KUCHING: Prihatin dengan nasib rakyat yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Tabuan Melayu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) cawangan Kuching tampil untuk memberi bantuan bakul makanan.

Simbolik penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan Menteri Kesejahteraan Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak – Kanak (KWKPK) Datuk Sri Fatimah Abdullah di Dewan Sk Tabuan Hilir pada Isnin.

Menurut Datuk Sri Fatimah, seramai 2,471 Ketua Isi Rumah (KIR) yang akan menerima bantuan tersebut dan akan diagihkan kepada enam buah kampung di kawasan Tabuan Melayu.

Enam buah kampung tersebut adalah Tabuan Dani 657 (KIR), Tabuan Lot 570 (KIR), Tabuan Tengah 305 (KIR), Tabuan Lama 430 (KIR), Tabuan Hilir 320 (KIR) dan Tabuan Cemerlang 180 (KIR).

Tambah beliau lagi, bantuan tersebut adalah inisiatif kerajaan Sarawak dalam meringankan beban rakyat serta mengurangkan pergerakan semasa PKPD.

“Di negeri Sarawak, salah satu cara kerajaan membantu rakyat kita yang dikenakan pkpd ialah memberi bantuan bakul makanan.

“Mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan tersebut kecuali atas sebab tertentu seperti berkaitan dengan kesihatan dan kecemasan.

“Oleh itu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk setiap kawasan dibawah PKPD akan dibekalkan makanan selama dua minggu dan bantuan akan dipanjangkan sekiranya ada perlanjutan PKPD.” ujar beliau.-EDISI UKAS