Masalah Banjir Di Jalan Utama Rumah Janggu Dan Rumah Takang Selesai

UKAS  > Edisi-Tengah >  Masalah Banjir Di Jalan Utama Rumah Janggu Dan Rumah Takang Selesai
0 Comments

SELASA, 20 JULAI 2021

BINTANGOR: Masalah banjir yang sering terjadi di jalan utama Rumah Janggu dan Rumah Takang, Sungai Belapong, Bintangor kini selesai dengan kelulusan Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) Tahun 2021.

Projek melibatkan kos sebanyak RM413,200 untuk menaiktaraf jalan sepanjang 400 meter tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, beberapa Langkah telah diambil sebelum ini bagi mengatasi masalah banjir di jalan tersebut terutamanya pada musim air pasang besar.

“Kita telah beberapa kali melakukan kerja-kerja menaiktaraf jalan ini sebelum projek JPD diluluskan.

“Diharapkan tiada lagi masalah banjir belaku di jalan ini nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) semasa majlis ringkas penyerahan tapak tersebut pada Isnin.

Datuk Ding juga berharap dengan siapnya projek tersebut dapat memudahkan penduduk rumah panjang untuk menjalankan aktiviti harian. -EDISI UKAS