50 OKU Dari Kawasan Balai Ringin Terima Bakul Makanan Sempena Program Ziarah UKAS

UKAS  > Edisi-Selatan >  50 OKU Dari Kawasan Balai Ringin Terima Bakul Makanan Sempena Program Ziarah UKAS
0 Comments

RABU, 21 JULAI 2021

SRI AMAN: Seramai 50 orang kelainan upaya (OKU) dari kawasan Balai Ringin menerima bantuan bakul makanan menerusi Program Ziarah UKAS anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Rabu.

Simbolik penyerahan bakul makanan telah dilakukan di Balai Raya Rh. Hearold, Kampung Selantik Ili di sini melalui ketua kampung dan tuai rumah masing-masing.

Golongan OKU yang menerima bantuan tersebut meliputi empat buah kampung dan lapan buah rumah panjang dan kebanyakan mereka mengalami masalah pembelajaran, pendengaran, penglihatan, fizikal, mental serta lumpuh seluruh badan.

Sementara itu, para penerima melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak UKAS di atas inisiatif menyumbangkan bakul makanan kepada mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19. -EDISI UKAS