Datuk Amar Douglas Uggah Tinjau Projek Naik Taraf RM7 Juta Di SK Nanga Gayau

UKAS  > Edisi-Tengah >  Datuk Amar Douglas Uggah Tinjau Projek Naik Taraf RM7 Juta Di SK Nanga Gayau
0 Comments

RABU, 21 JULAI 2021

SPAOH: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meluangkan masa menyantuni penduduk rumah panjang di kawasan DUN Bukit Saban pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban memulakan lawatan beliau meninjau kerja-kerja naik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Gayau yang bernilai RM7 juta.

“Projek tersebut merangkumi pembinaan blok tiga tingkat yang terdiri daripada enam bilik darjah, makmal sains, pejabat guru, pusat pentadbiran, empat unit tempat guru dan kemudahan lain dijangka siap Januari tahun hadapan,” katanya.

Dalam program berasingan, beliau yang turut diiringi Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dr Richard Rapu meninjau kerja-kerja meratakan tanah bagi projek pembesaran rumah panjang di Rumah Jawat, Babu Tengah, Debak.

Selain itu, Datuk Amar Douglas memberitahu peruntukan RM100,000 diluluskan untuk pembinaan jambatan gantung keluli baharu di Melabu Tengah bagi menggantikan jambatan lama yang musnah akibat banjir baru-baru ini. –EDISI UKAS