Proses Vaksinasi Secara ‘Walk In’ Di PPV Universiti Curtin Bermula Jumaat Ini

UKAS  > Edisi-Utara >  Proses Vaksinasi Secara ‘Walk In’ Di PPV Universiti Curtin Bermula Jumaat Ini
0 Comments

KHAMIS, 22 JULAI 2021

MIRI: Proses pemberian vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Curtin akan dijalankan secara ‘Controlled Walk-In’ bermula Jumaat ini. 

Menurut Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataan media pada Rabu, ianya akan dilaksanakan menerusi beberapa langkah dan kriteria. 

“Penerima vaksin perlu hadir ke PPV Universit Curtin di antara jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dengan had maksimum adalah sebanyak 200 orang sehari. 

“Penerima vaksin akan diberikan nombor giliran untuk menerima vaksin apabila sampai ke PPV Universiti Curtin pada waktu itu.

“Pemberian vaksin akan diberikan mengikut nombor giliran yang terdahulu dan jumlah ini mempunyai had maksimum harian iaitu 200 sehari dan serta mengikut peraturan PPV,” katanya. 

Tambah kenyataan itu lagi, setakat ini hanya PPV Universiti Curtin sahaja yang mengadakan ‘Controlled Walk-In’ dan tidak melibatkan mana-mana PPV yang lain. -EDISI UKAS