Mangsa Banjir Di Daerah Kecil Trusan Terima Wang Ihsan

UKAS  > Edisi-Utara >  Mangsa Banjir Di Daerah Kecil Trusan Terima Wang Ihsan
0 Comments

RABU, 28 JULAI 2021

LAWAS: Mangsa banjir di kawasan Daerah Kecil Trusan telah menerima wang ihsan yang berjumlah RM700 bagi sebuah keluarga. 

Seawal jam 7.00 pagi, penerima bantuan telah hadir di Perkarangan Pejabat Daerah Kecil Trusan dan Perkarangan  Dewan Trusan dengan senarai nama dihantar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) masing-masing. 

Seramai 567 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada 576 penerima yang disenaraikan hadir di kedua-dua kaunter yang disediakan. 

Sepanjang proses pemberian wang ihsan, keadaan terkawal dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan dikawal selia pihak keselamatan  setelah diarah mematuhi peraturan untuk menunggu giliran masing-masing secara tertib. 

Setiap penerima wang ikhsan yang telah menerima akan diarahkan terus beredar supaya mengurangkan bilangan yang masih menunggu sebagai mematuhi SOP. 

Sebelum ini, pada dua bulan lepas bantuan wang ihsan yang sama telah diberikan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Ba’kelalan pada 19 Mei 2021 dan Daerah Kecil Trusan serta Daerah rah Kecil Sundar pada 20 Mei 2021. -EDISI UKAS