Rubiah Wang Sumbang Peralatan Asas Untuk Kegunaan PKRC UNIMAS, Minta KMKK Lebih Proaktif

UKAS  > Edisi-Selatan >  Rubiah Wang Sumbang Peralatan Asas Untuk Kegunaan PKRC UNIMAS, Minta KMKK Lebih Proaktif
0 Comments

RABU, 28 JULAI 2021

KOTA SAMARAHAN : Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang telah menyumbang beberapa peralatan untuk kegunaan petugas-petugas Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Kolej Rafflesia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sumbangan berupa mesin fotostat, kanopi dan beberapa kelengkapan lain itu disampaikan oleh Pegawai Khasnya, Syahrizzal Arfandy Adam pada Selasa.

Difahamkan, PKRC Kolej Rafflesia boleh menampung sehingga 500 pesakit dalam satu-satu masa dan pada ketika ini terdapat lebih 300 pesakit telah mendaftar masuk serta mendapatkan rawatan di situ. 

Dalam perkembangan lain, Rubiah mengingatkan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasannya untuk lebih proaktif dengan memantau dan mengambil maklum situasi wabak di kawasan masing-masing dan memastikan penduduk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Ini berikutan terdapat banyak kes positif dikesan menerusi usaha Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) yang telah dilaksanakan pada 25 Julai lalu,dan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Tanjung Tuang. -EDISI UKAS