Lawatan Pemeriksaan Dilakukan Sebelum Laksana Projek Di Kampung Quop Dayak

UKAS  > Edisi-Selatan >  Lawatan Pemeriksaan Dilakukan Sebelum Laksana Projek Di Kampung Quop Dayak
0 Comments

JUMAAT, 30 JULAI 2021

KOTA SAMARAHAN : Isu sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi permasalahan di Kampung Quop Dayak.

Oleh itu, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang tidak teragak-agak untuk meluluskan  pelaksanaan bagi projek pembangunan di kawasan tersebut demi memastikan penduduk sentiasa dibekalkan kemudahan yang selesa dan selamat. 

Justeru, pihak Pejabat Ahli Parlimen Kota Samarahan, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak serta wakil daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Quop Dayak telah melakukan lawatan pemeriksaan bagi mendapatkan maklumbalas sebelum pelaksanaan projek dilaksanakan.

Untuk makluman, sebelum ini Rubiah Wang telah meluluskan Projek Menaiktaraf Padang Bola Sepak di kampung berkenaan dan siap sepenuhnya pada awal tahun ini. -EDISI UKAS