Swinburne Sarawak PGRS Sumbang Bantuan Bakul Makanan Kepada Penduduk Kampung Tema Saan

SELASA, 24 OGOS 2021

TEBEDU: Pihak Swinburne Sarawak Postgraduate Research Society (PGRS) menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada 60 buah keluarga di Kampung Tema Saan pada Selasa.

Penyerahan bantuan makanan disampaikan oleh wakil pihak Swinburne, Shella Georgina Beatrice kepada Ketua Kampung Tema Saan, William Batong.

Dalam pada itu, Shella memberitahu bantuan makanan itu adalah bagi membantu keluarga yang terkesan akibat pelaksanaan kuarantin selama 14 hari di kampung tersebut. –EDISI UKAS