Pegawai Daerah Tebedu Serah Sijil Pelantikan Ketua Kaum Kampung Entubuh

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pegawai Daerah Tebedu Serah Sijil Pelantikan Ketua Kaum Kampung Entubuh
0 Comments

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

TEBEDU: Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw melakukan penyerahan sijil pelantikan Ketua Kaum Kampung Entubuh, Karut Sareng di Pejabat Daerah Tebedu pada Isnin.

Bercakap ringkas dalam majlis tersebut, Joseph memberitahu, setiap ketua kaum harus memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi kemajuan keselamatan dan kesejateraan penduduk di dalam kampung masing-masing.

Jelasnya, setiap ketua kaum juga perlu memiliki barisan ahli jawatankuasa yang berkaliber bagi merancang pelan jangka pendek dan panjang untuk manfaat semua penduduk.

Ujar beliau, mereka harus bekerjasama di antara satu sama lain sebagai satu pasukan bagi memastikan segala maklumat, informasi perancangan kerajaan itu disampaikan kepada rakyat di peringat akar umbi. -EDISI UKAS