JKM Daerah Lundu Sumbang Bakul Makanan Di Kampung Selampit 1 dan Kampung Selampit 2

UKAS  > Edisi-Selatan >  JKM Daerah Lundu Sumbang Bakul Makanan Di Kampung Selampit 1 dan Kampung Selampit 2
0 Comments

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Seramai 251 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Selampit 1 dan Kampung Selampit 2 menerima bakul makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lundu pada Selasa.

Proses pengedaran bakul makanan ke kampung tersebut telah dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lundu, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lundu, serta Pejabat Daerah Lundu.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Selampit 1 serta JKKK Kampung Selampit 2 turut membantu kerana perjalanan ke kampung berkenaan memerlukan penggunaan sampan atau bot penambang.

Untuk rekod, Kampung Selampit 1 dan Kampung Selampit 2 telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 6 sehingga 19 September 2021.

Setakat 4 September 2021, sebanyak 83 kes positif Covid19 telah dikesan di kedua-dua kampung ini.-EDISI UKAS