282 Pelajar SMK Singai Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Selatan >  282 Pelajar SMK Singai Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin COVID-19
0 Comments

KHAMIS, 9 SEPTEMBER 2021

BAU: Seramai 282 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Singai menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi COVID-19 (PICK) Remaja Peringkat Daerah Bau di sekolah berkenaan pada Khamis.

Kesemua mereka adalah pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima dari sekolah berkenaan, manakala bagi kes khas pula adalah seramai lapan orang.

Terdapat juga pelajar yang tidak hadir divaksinasi disebabkan mereka sedang menjalani tempoh kuarantin, mempunyai masalah kesihatan dan atas sebab-sebab lain.

Proses vaksinasi di sekolah berkenaan melibatkan seramai 22 orang petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau dan Klinik Kesihatan Singai.

Selain itu, seramai 20 orang guru sekolah berkenaan serta petugas barisan hadapan juga membantu dalam melancarkan program vaksinasi tersebut. -EDISI UKAS