ADUN Pantai Damai Salur Bantuan Melalui Program SABERKAS Prihatin, Ringankan Beban Penduduk

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Pantai Damai Salur Bantuan Melalui Program SABERKAS Prihatin, Ringankan Beban Penduduk
0 Comments

KHAMIS, 9 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai dengan kerjasama Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Pantai Damai telah menyalurkan bantuan melalui Program SABERKAS Prihatin pada Khamis.

Program ini melibatkan penyerahan bantuan makanan kering dan keperluan asas kanak-kanak serta warga emas kepada 45 keluarga dan 11 kampung di kawasan DUN Pantai Damai.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Hal Ehwal Islam dan DBKU merangkap ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai di sini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden SABERKAS, berkata, program tersebut merupakan inisiatif golongan belia dan ia membuktikan generasi muda juga prihatin kepada masyarakat.

Beliau turut memuji usaha itu dan ia menunjukkan mereka juga mahu menyumbang kepada masyarakat untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam situasi sukar sekarang. -EDISI UKAS