370 Pelajar SMK Bau Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Selatan >  370 Pelajar SMK Bau Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19
0 Comments

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

BAU: Seramai 370 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bau di sini tampil menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer dalam Pogram Imunisasi COVID-19 (PICK) Remaja Peringkat Daerah Bau pada Jumaat.

Proses vaksinasi yang diadakan di sekolah berkenaan telah melibatkan seramai 22 orang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau.

Daripada jumlah penerima vaksin itu, seramai 156 orang merupakan pelajar tingkatan lima, 143 pula adalah pelajar tingkatan empat.

Manakala bagi kes khas pula adalah seramai 53 orang dan secara jumpa terus atau ‘walk in’ seramai 18 orang.

Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut membantu dalam proses vaksinasi. -EDISI UKAS