PKPD: ADUN Tarat Serah Bantuan Makanan Kepada Tiga Buah Kampung

UKAS  > Edisi-Selatan >  PKPD: ADUN Tarat Serah Bantuan Makanan Kepada Tiga Buah Kampung
0 Comments

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

SERIAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn memberikan sumbangan bakul makanan penduduk yang menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Khamis.

Bakul makanan tersebut merupakan sumbangan peribadi Datuk Roland yang melibatkan 279 Ketua isi Rumah (KIR) dari Kampung Lintang Baru, Serian, 707 KIR dari Kampung Simpok, Siburan dan 223 KIR dari Kampung Mundai, Siburan.

Penyerahan bantuan disampaikan kepada Ketua Wanita Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Lintang Baru, Hasmaliza Husaini, Ketua Kaum Kampung Simpok, John Jingut dan Ketua Kaum Kampung Mundai, Sapin Kirim.

Datuk Roland berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban penduduk yang terlibat dengan pelaksanaan PKPD.

Pelaksanaan PKPD bagi ketiga-tiga buah kampung berkuatkuasa sejak 1 September lepas hingga 14 September ini. –EDISI UKAS