284 Pelajar SMK Lake Lagi Divaksinasi Dalam PICK Remaja Peringkat Daerah Bau

UKAS  > Edisi-Selatan >  284 Pelajar SMK Lake Lagi Divaksinasi Dalam PICK Remaja Peringkat Daerah Bau
0 Comments

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

BAU: Seramai 284 lagi remaja yang berumur 16 dan 17 tahun telah tampil menerima suntikan vaksin COVID-19 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lake pada Ahad.

Angka tersebut menjadikan jumlah golongan berkenaan yang menerima dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech bagi tempoh dua hari berturut-turut adalah seramai 559 orang.

Program Imunisasi COVID-19 (PICK) Remaja Peringkat Daerah Bau kali ini membabitkan pelajar tingkatan empat dan lima termasuk mereka yang secara ‘walk in’ dan kes khas.

Ianya dikendalikan oleh seramai 17 orang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Selain itu, seramai 36 orang guru sekolah berkenaan juga turut serta membantu pada sepanjang proses vaksinasi dijalankan.

Petugas dari agensi lain yang turut membantu adalah dari Polis Diraja Malysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).-EDISI UKAS