Pertambahan Penduduk & Risiko Di Miri Memerlukan Sebuah Balai Bomba Baharu Jalan Lutong – Kuala Baram

UKAS  > Edisi-Utara >  Pertambahan Penduduk & Risiko Di Miri Memerlukan Sebuah Balai Bomba Baharu Jalan Lutong – Kuala Baram
0 Comments

KHAMIS, 21 OKTOBER 2021

MIRI: Pertambahan penduduk Miri dan risiko-risiko yang dikenal pasti telah memerlukan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat baharu dibina bagi menampung keperluan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Dato’ Sri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pembinaan Balai Bomba Jalan Lutong – Kuala Baram ini sebagai menyokong Balai Bomba Lopeng dan Balai Bomba di Daerah Miri 

“Tapak Projek Cadangan Pembinaan Balai Bomba dan Kuarters Jalan Lutong – Kuala Baram, Miri Sarawak kategori B, 5 ekar dijangka akan siap pada bulan Februari 2022. 

“Balai Bomba ini dikategorikan B merangkumi kakitangan lebih kurang 29 orang yang terdiri dari 10 pegawai Bomba sepenuh masa dan selebihnya ialah Pegawai Bomba Bantuan yang dilantik daripada penduduk setempat,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke Tapak Projek Cadangan Pembinaan Balai Bomba dan Kuarters Jalan Lutong – Kuala Baram, Miri pada Rabu. 

Terdahulu, beliau telah diberikan taklimat mengenai projek tersebut oleh kontraktor terlibat. 

Tambah Dato’ Sri Mohammad Hamdan lagi, sebanyak tiga Balai Bomba dan Penyelamat di Sarawak telah siap iaitu di Selangau, Daro, Belaga, Sibujaya Samalaju, Bintangor dan satu lagi sedang dibina di Asajaya yang dijangka siap pada tahun hadapan. 

“Sebenarnya kita telah pun menyiapkan tiga buah Balai Bomba dan Penyelamat. 


“Satu balai bomba dalam pembinaan juga ialah di kawasan Asajaya yang dijangka siap pada tahun hadapan manakala Balai Bomba dan Penyelamat yang baru siap ialah Selangau, Daro, Belaga, Sibujaya, Samalaju dan Bintangor. 

“Sarawak mempunyai paling banyak mendapat Balai Bomba baru disebabkan keperluan untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan “blindspot” dan perkhidmatan kebombaan yang merangkumi kriteria tertentu yang mana kita memerlukan Balai Bomba ini dibina kerana jarak antara satu balai dengan balai lain yang jauh. Ini disebabkan keadaan persekitaran topografi dan geografi Sarawak yang berbeza dari Semenajung dan keluasannya,” katanya. 

Turut sama hadir ialah Pengarah JBPM Sarawak Datu Khirudin Drahman@Hussaini. -EDISI UKAS