Datuk Amar Jaul Tinjau PPV tHe Spring

ISNIN, 15 NOVEMBER 2021

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion telah melakukan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tHe Spring Mall di Kuching pada Isnin.

Lawatan beliau yang turut diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) Datu Ik Pahon Joyik adalah bagi melihat sendiri kelancaran proses pemberian vaksin dos penggalak jenis pfizer.

PPV tHe Spring memulakan operasi 15 November hingga 30 November 2021 mengutamakan penerima 40 tahun ke atas termasuk yang mempunyai komorbid.

Proses pemberian vaksin tersebut juga dianjurkan bersama The Spring, Klinik Kota Raya Batu Kawa, Reliance Medical Clinic, Klinik Dr James Go dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Sarawak. -EDISI UKAS