Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Berjaya Pertahankan Kerusi DUN Asajaya

UKAS  > Edisi-Selatan >  Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Berjaya Pertahankan Kerusi DUN Asajaya
0 Comments

SABTU, 18 DISEMBER 2021

ASAJAYA: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berjaya mempertahankan kerusi DUN Asajaya dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Beliau menewaskan tiga calon lain dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) dengan jumlah undi sebanyak 6,380.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Asajaya, Rais Ahmat selepas selesai proses pengiraan undi di Dewan SMK Asajaya No.2.

Ini merupakan penggal kelima Dato’ Sri Abdul Karim menang bertanding selepas PRN ke -11 dengan majoriti 4,078 undi ketika itu. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *