1,608 Individu Terima Suntikan Vaksin Dos Penggalak Di PPV Summer Mall

UKAS  > Edisi-Selatan >  1,608 Individu Terima Suntikan Vaksin Dos Penggalak Di PPV Summer Mall
0 Comments

SELASA, 4 JANUARI 2022

KOTA SAMARAHAN: Seramai 1,680 orang menerima suntikan vaksin dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Summer Mall Shopping Complex pada Selasa.

PPV tersebut menyediakan suntikan vaksin jenis Pfizer BioNTech dan Sinovac yang diselaraskan oleh Klinik Kota Raya dan Klinik Ceria Mesra.

Program vaksinasi dos penggalak ini telah bermula sejak 2 Januari 2022 sehingga 30 Januari 2022 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang secara janji temu.

Pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan turut menggalakkan individu yang ingin mendapatkan dos penggalak untuk datang secara terus mulai jam 1 petang hingga 4 petang ke PPV berkenaan.

Penerima vaksin ketika ditemui merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas inisiatif mengadakan program vaksinasi bagi mengekang penularan COVID-19. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *