ISNIN, 10 JANUARI 2022

BINTULU: Dua orang pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja memasang kekisi bumbung di atas bumbung Unimech Flow System Sdn. Bhd, Jalan Sungai telah terkena renjatan elektrik pada Sabtu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada jam 9:42 pagi telah bergegas ke lokasi kejadian.

Pada kejadian itu, seorang mangsa dikenali Hang Balan, 52 tahun didapati melecur pada tahap 2 di seluruh badan dan seorang lagi mangsa, Sofiandi, 29 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Terdahulu, Bomba telah meminta bantuan Sarawak Energy memutuskan bekalan elektrik sebelum kerja-kerja menurunkan seorang mangsa dilakukan menggunakan tangga dan pengusung.

Mangsa yang melecur tahap 2 berjaya diturunkan pihak Bomba dan diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.-EDISI UKAS

add comment