Penduduk Tiga Kawasan Berisiko Banjir Di Matu Digesa Waspada

UKAS  > Edisi-Tengah >  Penduduk Tiga Kawasan Berisiko Banjir Di Matu Digesa Waspada
0 Comments

KHAMIS, 13 JANUARI 2022

MATU: Penduduk di beberapa buah kampung di Matu dinasihatkan agar berjaga-jaga berikutan kenaikan paras air akibat hujan lebat yang turun sejak Rabu.

Menurut laporan dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Matu pada Khamis, antara kawasan berisiko banjir adalah Kampung Jemoreng yang menunjukkan trend peningkatan air di kawasan Zon 4 Sg Naga.

Dua lagi kawasan iaitu Kampung Bertong, Matu dan Kampung Sekaan Besar masih dalam keadaan terkawal.

Menurut pihak APM lagi, meskipun paras air di Daerah Matu masih terkawal, namun penduduk khususnya di tiga kawasan berkenaan dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga kerana keadaan taburan hujan yang tidak menentu.

Selain itu, semua sekolah dan jalan utama di Daerah Matu tidak dinaiki air dan dalam keadaan terkawal.

Turut sama membuat pemantauan ialah anggota dari Balai Bomba Daerah Daro.

Jawatankuasa Bencana Daerah Matu juga telah bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *