Projek RTP Bina Baru Taman Riadah Dan Rekreasi Bakal Beri Manfaat Kepada Penduduk

UKAS  > Edisi-Utara >  Projek RTP Bina Baru Taman Riadah Dan Rekreasi Bakal Beri Manfaat Kepada Penduduk
0 Comments

KHAMIS, 13 JANUARI 2022

LAMBIR: Kerajaan Sarawak sentiasa peka dengan keperluan rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan perumahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Dr Ripin Lamat berkata, ini termasuklah membina kemudahan untuk bersukan dan beriadah.

Justeru katanya, Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi membina baru Taman Riadah dan Rekreasi kawasan Perumahan Airport dan Taman Tunku yang akan diadakan juga akan memberikan kemudahan kepada penduduk di situ.

“Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bina baru Taman Riadah dan Rekreasi kawasan Perumahan Airport dan Taman Tunku ini juga merupakan antara beberapa projek bagi mengindahkan kawasan perumahan dan menyediakan tempat riadah serta rekreasi untuk kemudahan bersukan atau riadah bagi penduduk kawasan perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bina baru Taman Riadah dan Rekreasi kawasan Perumahan Airport dan Taman Tunku baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan turut berharap apabila siapnya projek tersebut akan membawa kesan yang positif kepada kawasan perumahan supaya lebih cantik, bersih dan mempunyai nilai tambah hartanah setempat.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *