ISNIN, 17 JANUARI 2022

DARO: Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Daro Kampung Panchur, Daro telah mengadakan majlis kesyukuran sempena kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Daro pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 di Dewan Terbuka Kampung Panchur pada Ahad.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.

Pada sebelah malam pula, beliau menghadiri majlis kesyukuran bertempat di Balai Raya Kampung Tengah, Daro untuk menghargai penat lelah jentera parti GPS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 yang lalu.

Dalam pada itu beliau memberitahu, kemenangan cemerlang yang diperolehi beliau daripada pengundi-pengundi di kawasan ini akan menjadi satu impak kepada perubahan landskap di kawasan Daro serta berusaha dengan lebih lagi untuk menggalas amanah yang telah diberikan.

Tambah beliau lagi, undi yang diterima sangat cemerlang dengan majoriti yang meningkat daripada PRN 11 dahulu yang mana peratusan undi pada PRN 12 ialah sebanyak 93.2 peratus.

Sementara itu, beliau juga kesempatan menzahirkan rasa setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi sokongan kepada beliau dan akan terus berkhidmat untuk memastikan Daro terus maju.-EDISI UKAS

add comment