Pembinaan Anjung Usahawan Lawas Siap 47 Peratus

UKAS  > Edisi-Utara >  Pembinaan Anjung Usahawan Lawas Siap 47 Peratus
0 Comments

SELASA, 18 JANUARI 2022

LAWAS: Projek pembinaan Anjung Usahawan Lawas yang merupakan satu lagi projek di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Pelaburan Sarawak kini siap 47 peratus.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, memberitahu, projek tersebut yang dijadualkan siap pada 6 Mei 2022 bakal menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk.

“Projek ini adalah untuk menyediakan premis yang moden dan ia merangkumi komponen seperti peluang perniagaan, tandas, serta kemudahan-kemudahan yang lain termasuk tempat letak kereta yang begitu selesa dan mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan lawatan ke tapak projek Anjung Usahawan (MINTRED) di Banting Lawas pada Isnin.

Datuk Amar Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari juga amat berpuas hati dengan kemajuan projek pembinaan anjung usahawan tersebut.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *