Perpaduan Rakyat Tunjang Kestabilan Sarawak

UKAS  > Edisi-Selatan >  Perpaduan Rakyat Tunjang Kestabilan Sarawak
0 Comments

RABU, 19 JANUARI 2021

KUCHING: Perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini merupakan tunjang kestabilan dan keamanan di Sarawak selama ini.

Tinjauan yang dilakukan mendapati masyarakat majmuk di negeri ini terus memelihara perpaduan dan keamanan sekaligus merangsang pembangunan dan kemajuan sosio ekonomi Sarawak.

Sementara itu, Navin Sigh berkata, beliau bersyukur kerana perpaduan dan keharmonian di negeri ini sangat teguh meskipun pelbagai bangsa dan agama.

Katanya, dengan nilai perpaduan dan keharmonian ini ia akan dapat membantu Sarawak menjadi negeri yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 seiring dengan hasrat dan harapan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

“Walaupun kita hidup berbilang bangsa dan agama tidak jadi masalah untuk kami duduk semeja makan bersama dan menjalankan aktiviti bersama,” katanya ketika ditemui UKAS pada Rabu.

Menurut Mohd Nasrin pula, Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai rakyat yang sentiasa memahami antara satu sama lain.

“Apabila tiada isu perkauman berlaku, ianya tidak akan meruntuhkan keakraban hubungan yang sudah terjalin sekian lama kerana kami saling memahami dan menghormati antara satu sama lain walaupun dengan bangsa dan agama yang berbeza,” jelasnya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *