Kerajaan Sarawak Guna Pakai Teori Ibnu Khaldun Dalam Pengurusan Pentadbiran

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kerajaan Sarawak Guna Pakai Teori Ibnu Khaldun Dalam Pengurusan Pentadbiran
0 Comments

JUMAAT, 28 JANUARI 2022

KUCHING:Kerajaan Sarawak mengguna pakai teori pemikir islam, Ibnu Khaldun dalam menguruskan pentadbiran Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kehidupan rakyat sarawak juga mempraktikan teori tokoh hebat tersebut apabila ia mengajar manusia untuk saling menjaga perhubungan sesama manusia dari sudut dasar sosial.

“Berasaskan kepimpinan Ibnu Khaldun,sikap saling homat menghormati merupakan asas dimana ditekan kan didalam pentadbiran pada masa kini kerana ianya menuntut kita bagi mengiktiraf serta mewujudkan kerakraban dalam hidup bermasyarakat”beliau berucap dalam Majlis Kesyukuran dan Ceramah Kepimpinan Ketamadunan Ibnu Khaldun, bertempat di Kompleks Islam Sarawak pada Khamis.

Selain itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut menekankan mengenai kepentingan ilmu lebih-lebih lagi berteraskan ekonomi digital yang menuntut masyarakat untuk saling bersatu hati dan bekerjasama dalam menggerakkan misi menjadikan Sarawak negeri maju pada tahun 2030.

“Kerajaan kita ada hala tuju 2030 dan menjadikan negeri maju berpendapatan tinggi dan kita mempunyai kapasiti masing-masing mengikut teori, kita kerja kuat kita blh memajukan negeri kita dan setidaknya negeri kita maju, malaysia pun maju” jelasnya lagi.

Justeru, Ketua Menteri amat mengharapkan agar Sarawak kekal makmur dan rakyatnya berpandangan jauh seperti yang disebut dalam teori Ibnu Khaldun itu.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *