MAKSAK Agih Bantuan Kepada Pesakit Hospital Mukah

UKAS  > Edisi-Tengah >  MAKSAK Agih Bantuan Kepada Pesakit Hospital Mukah
0 Comments

JUMAAT, 28 JANUARI 2022

MUKAH: Sebanyak 50 pek sumbangan dari MAKSAK Bahagian Mukah telah diagihkan kepada pesakit di wad Hemodialisis, wad-wad pesakit dan wad bayi di Hospital Mukah pada Khamis.

Program tersebut ajuran MAKSAK Bahagian Mukah diadakan pada setiap kali musim perayaan bagi membantu mengurangkan beban keluarga pesakit.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berharap sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban ahli keluarga pesakit dan beliau juga berpesan supaya terus waspada walaupun Sarawak sudah berada di fasa ke-4.

Sementara itu, ADUN Telian, Royston Valentine, mengucapkan tahniah kepada MAKSAK Bahagian Mukah di atas pelaksanaan program seumpama ini.

Selain itu, beliau berharap, program seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan melalui pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta agensi lain.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *