Pasar Malam Kampung Seberang Sarikei Mampu Jadi Pemangkin Ekonomi Peniaga Kecil

UKAS  > Edisi-Tengah >  Pasar Malam Kampung Seberang Sarikei Mampu Jadi Pemangkin Ekonomi Peniaga Kecil
0 Comments

JUMAAT, 11 MAC 2022

SARIKEI: Pembukaan Pasar Malam di Kampung Seberang Sarikei mampu menjadi pemangkin ekonomi dan pendapatan peniaga kecil di Sarikei.

Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh menyambut baik Pembukaan Pasar Malam tersebut dan berharap ianya dapat meningkatkan sosio ekonomi kawasan Sarikei dan penduduk tempatan.

Seramai 95 orang peniaga telah mengambil bahagian di Pasar Malam yang beroperasi tiga hari seminggu iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula dari jam 4 petang hingga jam 10 malam.

Pelbagai produk dijual oleh para peniaga seperti makanan, minuman, pakaian, peralatan kegunaan harian dan pelbagai lagi.

Meskipun baru memasuki minggu kedua namun sambutan yang diberikan pengunjung tempatan dan luar Sarikei amat menggalakkan.

Dalam pada itu, para pengunjung juga dinasihatkan agar menjaga kebersihan kawasan sekitar dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *