MGB Zon Roban Rai Guru Tamat Perkhidmatan, Pindah

UKAS  > Edisi-Tengah >  MGB Zon Roban Rai Guru Tamat Perkhidmatan, Pindah
0 Comments

SABTU, 12 MAC 2022

SARATOK: Majlis Guru Besar (MGB) Zon Roban telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih Sanjungan Budi MGB Zon Roban 2022 pada Jumaat bagi meraikan guru yang akan menamatkan perkhidmatan dan berpindah ke kawasan zon lain.

Majlis tersebut telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik.

Dalam ucapannya, Friday berjanji akan membantu pihak sekolah terutama dalam menjalankan aktiviti sekolah.

Sebagai tanda sokongan, beliau telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk MGB Zon Roban.

MGB Zon Roban agak istimewa kerana mempunyai 12 buah sekolah yang terletak di dalam DUN Krian, DUN Kalaka dan DUN Kabong.

MGB Zon Roban juga aktif menjalankan beberapa program serta mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi pihak sekolah di kawasan tersebut.

Menurut Pengerusi MGB Zon Roban, Lumpuh Entamin, antara masalah utama adalah struktur bangunan beberapa sekolah di Zon Roban agak uzur dan perlu dibaiki untuk keselesaan pihak sekolah termasuk rumah-rumah guru.

Selain itu, capaian internet juga menjadi masalah utama pihak sekolah dan menyukarkan pelajar yang terpaksa belajar dari rumah ekoran penularan pandemik Covid-19. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *