Ahli Parlimen Kota Samarahan Sertai Jelajah Senam Sihat Di Kampung Pinang

UKAS  > Edisi-Selatan >  Ahli Parlimen Kota Samarahan Sertai Jelajah Senam Sihat Di Kampung Pinang
0 Comments

AHAD, 13 MAC 2022

KOTA SAMARAHAN: Jelajah Senam Sihat adalah salah satu inisiatif untuk mempromosikan gaya hidup sihat kepada rakyat khususnya di kampung.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang telah menyertai warga Kampung Pinang dalam siri Jelajah Senam Sihat di Dewan Masyarakat Kampung Pinang pada Ahad.

Jelajah senam sihat kali ini disertai kira-kira 50 warga kampung Pinang.

Selepas menyertai senaman itu, Datuk Rubiah Wang turut meluangkan masa untuk meninjau projek rakyat iaitu pembinaan jeti di kampung tersebut.

Beliau turut memeriksa projek pembinaan parit konkrit di kampung tersebut dan kedua-dua projek ini merupakan projek yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *