Penduduk Roban Bakal Menikmati Kemudahan Melalui Beberapa Pelaksanaan Projek RTP

UKAS  > Edisi-Tengah >  Penduduk Roban Bakal Menikmati Kemudahan Melalui Beberapa Pelaksanaan Projek RTP
0 Comments

AHAD, 13 MAC 2022

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir telah mengumumkan beberapa Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Kabong bagi tahun 2022 untuk penduduk di Roban.

Antara projek tersebut adalah naik taraf Dewan SJK Chung Hua Roban yang diberi peruntukan sebanyak RM250,000, naik taraf Jalan Kubur Masyarakat Cina di Kranggas sebanyak RM150,000 dan naik taraf Infrastruktur Tebingan Sungai Seblak Fasa 3 sebanyak RM100,000.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Tengah Hari Anjuran Lembaga Pengurus Sekolah SJK (C) Chung Hua Roban DI Paramount Hotel Sibu pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Lembaga Pengurus Sekolah SJK (C) Chung Hua Roban kerana telah menganjurkan majlis tersebtut.

Majlis tersebut turut diadakan bertujuan bagi memberikan penghargaan kepada Mantan Guru Besar SJK Chung Hua Roban, Poi Chee Keong. Turut hadir Penghulu Lim Kheng Huat; Kapitan Ho Thung Kie; Guru Besar SJK Chung Hua Kabong, Wong Ling Lung dan Guru Besar SJK Chung Hua Roban, Oi Ai Hien.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *