Datuk Wilson Ugak Rasmikan Jambatan Sungai Merirai

UKAS  > Edisi-Tengah >  Datuk Wilson Ugak Rasmikan Jambatan Sungai Merirai
0 Comments

ISNIN, 14 MAC 2022

HULU RAJANG: Pusat Khidmat P.216 Hulu Rajang telah menganjurkan majlis perasmian Jambatan Sungai Merirai bertempat di jambatan tersebut pada Ahad.

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong dan turut dihadiri ADUN Baleh, Nicholas Kudi Jantai; Timbalan Residen Kapit, Galong Luang dan Pegawai Daerah Bukit Mabong, Robert Liman.

Pada sebelah petang, Datuk Wilson bersama tetamu lain telah menyertai Majlis Merarau di Rumah Jantai Siba Nanga Entelangau Sungai Merirai.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyerahkan cek berjumlah RM35,000 kepada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rumah Jantai Siba Nanga Entelangau Sungai Merirai.

Manakala Nicholas telah menyumbang RM3,000 kepada Biro Wanita Rumah Jantai Siba dan juga menjanjikan pembinaan jambatan jeti besi turun ke sungai rumah panjang tersebut. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *